FACEBOOK SKSB(A) : www.facebook.com/sksgbumbunA
PADLET TS25 SKSB(A) : tinyurl.com/PADLETSKSGBUMBUN
ALAMAT : SK Sg Bumbun (A), Pulau Carey, 42960m Kuala Langat, Selangor D.E
NAVIGASI : goo.gl/maps/E3QP2Cs4HdJCJdWa9
NO. TELEFON : 03-31236800
PROGRAM UNMASKING MAHMERI
Pada 2 Julai 2022, sebuah program yang diberi nama Unmasking Mahmeri telah diadakan. Program yang dijalankan secara atas talian melalui platform Zoom merupakan satu usaha kolaborasi di antara Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Malaysian Association for Music Education (MAME), Mahmeri Cultural Village dan SK Sungai Bumbun (A). Program ini diadakan untuk memberi pendedahan mengenai budaya suku kaum orang asli Mahmeri dan bagaimana ia mempengaruhi pendidikan muzik di sekolah orang asli. Tahniah dan syabas kepada semua pihak yang terlibat. Diharapkan kerjasama ini akan diteruskan pada masa akan datang.
PERSEMBAHAN TARIAN JOOH DI KOLEJ KOMUNITI KUALA LANGAT
Pada 1 Julai 2022, pasukan tarian SK Sungai Bumbun (A) telah dijemput untuk membuat persembahan pembukaan majlis di Kolej Komuniti Kuala Langat. Pasukan tarian yang dipimpin oleh Encik Razali bin Mohd Kassim telah mempersembahkan tarian suku kaum orang asli Mahmeri iaitu Tarian Jo'oh. Persembahan tersebut bukan sahaja dilihat oleh warga kolej malah turut disaksikan oleh Menteri Pengajian Tiggi, Yang Berbahagia Datuk Dr Noraini Ahmad. Setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada pasukan tarian yang memberikan persembahan yang unik dan menarik.
SELAMAT MAJU JAYA USTAZ MOHD SYAFIQ
Pada 17 Jun 2022, Majlis Lambaian Kasih telah diadakan untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Ustaz Mohd Syafiq yang akan bertukar ke Kuala Muda, Kedah. Ustaz Mohd Syafiq mula berkhidmat di SK Sungai Bumbun (A) sejak 26 Januari 2015. Semoga Ustaz Mohd Syafiq terus maju jaya di sekolah baru.
AQUAPONIC 2.0 & TERRARIUM
Pembelajaran luar bilik darjah sememangnya menyeronokkan. Di SK Sungai Bumbun (A), terdapat sebuah sistem aquaponic yang disumbangkan oleh Havva Sdn. Bhd. Selain itu, terdapat juga set terrarium yang disumbangkan oleh Mahmeri Cultural Village. Kedua-dua sistem ini memberi peluang kepada murid untuk belajar bercucuk tanam dan membela ikan. Diharapkan aktiviti yang dijalankan ini dapat melatih murid tentang sikap tanggungjawab dan dapat menarik murid untuk hadir ke sekolah. Terima kasih HAVVA & MAHMERI CULTURAL VILLAGE.
SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT SEKOLAH 2022
Pada 27 Mei 2022, Sekolah Kebangsaan Sungai Bumbun (A) telah mengadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah. Pelbagai aktiviti menarik seperti membakar lemang, memasak rendang, jamuan rumah terbuka dan pertandingan pakaian tercantik. Sambutan yang sungguh meriah turut dihadiri oleh barisan Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru. Diharapkan sambutan yang diadakan dapat merapatkan ukhwah dan silaturahim.
KEM PEMIMPIN MUDA 2022 SK SUNGAI BUMBUN (A)
Pada 26 Mei 2022, Sekolah Kebangsaan Sungai Bumbun (A) telah mengadakan Kem Pemimpin Muda peringkat sekolah. Kem ini dianjurkan bertujuan untuk melatih dan membimbing barisan pemimpin cilik sekolah seperti pengawas, pengawas pusat sumber, pembimbing rakan sebaya, ketua kelas dan penolong ketua kelas. Diharapkan latihan dan bimbingan yang diberikan akan melahirkan barisan pemimpin muda yang berkaliber dan mampu membantu orang lain.
SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2022
Pada 23 Mei 2022, Sekolah Kebangsaan Sungai Bumbun (A) telah mengadakan Sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Sambutan ini turut dihadiri oleh barisan ahli jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah. Pelbagai aktiviti menarik yang telah dijalankan seperti ucapan apresiasi daripada ketua murid, bacaan ikrar guru, nyanyian lagu Kami Guru Malaysia dan acara sukaneka bersama murid. Tahniah dan terima kasih kepada semua guru yang banyak berkorban dan tidak pernah lelah dalam mendidik anak-anak murid SK Sungai Bumbun. Terima kasih cikgu!
KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH 2022
Pada 20 Mei 2022, Sekolah Kebangsaan Sungai Bumbun (A) telah menganjurkan Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah. Kejohanan ini memberi peluang kepada semua murid untuk bersukan dan juga untuk mencungkil bakat murid. Tahniah dan terima kasih kepada barisan ahli jawatankuasa yang bertungkus lumus menjayakan kejohanan ini serta syabas kepada para pemenang.
WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN MUDA 2022
Pada 29 April 2022, Sekolah Kebangsaan Sungai Bumbun (A) telah menganjurkan majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Muda peringkat sekolah. Antara pemimpin yang dilantik adalah pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, pembimbing rakan sebaya, pengawas SPBT, ketua dan penolong ketua kelas.
Majlis watikah pelantikan tersebut adalah bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada murid yang terpilih serta meningkatkan motivasi dan disiplin murid. Murid memberi kerjasama sepenuhnya sepanjang majlis. Terima kasih kepada semua yang terlibat |
PROGRAM BUBUR LAMBUK PERDANA
ANJURAN PIBG SK SG BUMBUN (A)
Pada 27 April 2022, Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG) SK Sungai Bumbun (A) telah bergotong-royong memasak dan mengedarkan bubur lambuk kepada semua murid dan guru. Program ini juga merupakan salah satu daripada aktiviti Ihya Ramadan 2022.
Program ini turut melibatkan Jalinan Strategik daripada 4 buah sekolah lain iaitu :
Diharapkan program jalinan ini akan mengukuhkan hubungan kerjasama di antara sekolah yang terlibat. Tahniah dan terima kasih kepada semua yang telah terlibat. |
PELANCARAN HARI NILAM SELANGOR (HANIS) PERINGKAT SK SUNGAI BUMBUN (A) 2022
Pada 26 April 2022, Sekolah Kebangsaan Sungai Bumbun (A) telah mengadakan Program Pelancaran Hari Nilam Selangor (HANIS). Program ini diadakan bertujuan untuk memupuk minat membaca di kalangan murid. Selain upacara perasmian, terdapat juga persembahan bicara buku oleh adik Aina Amirah Minhalina. Tahniah dan syabas kepada semua guru dan murid yang terlibat.
MAJLIS PENUTUPAN MINGGU TRANSISI TAHUN 1 2022
Minggu Transisi adalah minggu di mana murid-murid didedahkan kepada suasana pembelajaran sekolah disamping mengenali warga sekolah secara keseluruhannya.
Murid - murid tahun 1 kelihatan gembira menerima hadiah sempena Majlis Penutupan Minggu Transisi Tahun1 2022. Terima kasih kepada semua penyumbang |
MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM TRANSFORMASI DIRI
Pada 25.4.2022, Unit Bimbingan telah menganjurkan Majlis Penutupan Program Transformasi Diri 2022 Peringkat SK Sg Bumbun (A).
Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Puan Nor Aidah binti Baba, Guru Besar SK Sungai Bumbun (A). Tahniah diucapkan kepada semua yang telah terlibat. |
SELAMAT MAJU JAYA Ustazah Nora'sikin &
SELAMAT DATANG Ustaz Shahrul Azam
PROGRAM JOM BACA BERSAMA 10 MINIT
Pada 21.4.2022 yang lalu, tepat jam 11.00 pagi hingga 11.10 pagi, SK Sg Bumbun A telah bersama-sama menyertai Jom Baca Bersama 10 minit serentak satu Malaysia.
Majlis berlangsung ringkas dan semua warga sekolah menyertai aktiviti dengan jayanya. |
PROGRAM JOM SHOPPING RAYA anjuran MC DONALDS' BANTING kepada MURID ASNAF & ANAK YATIM SKSB (A)
Pada 20 April 2022 yang lalu, Mc Donalds' Banting seklai lagi telah sudi unutk menyumbang pakaian sempena Hari Raya Aidilfitri untuk anak-anak asnaf dan yatim dari SK Sg Bumbun (A).
Penyerahan baju raya itu juga telah disempurnakan di Pusat Pakaian Hari-Hari Banting. Terima kasih kepada semua penyumbang. Murid kelihatan ceria dan bersemangat untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. |
PEMBINAAN KERETA SOLAR daripada
PUSAT SAINS NEGARA
Pada 14/4/2022, Satu Program Jaringan dan Jalinan di antara Pusat Sains Negara, Sekolah Kebangsaan Seri Lanang dengan SK Sungai Bumbun telah dimetrai dengan penganjuran Program Pembinaan Kereta Solar.
Murid gembira dan aktif sepanjang perkongsian yang telah dijalankan oleh wakil daripada Pusat Sains Negara. Terima kasih diucapkan |
THANK YOU EMPIRE PROJECT
Terima kasih kepada Empire Project kerana sudi untuk menyumbangkan keperluan asas kepada murid-murid di SK Sungai Bumbun (A) bagi meringankan beban untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba.
Terima kasih juga diucapkan kepada kepada Cikgu Muhammad Zaki dan Ustaz Mohd Syafiq selaku penyelaras program. Semoga dengan bantuan ini dapat memberikan suntikan semangat kepada anak-anak di SK Sg. Bumbun (A). |
PENYERAHAN KIT PEMBELAJARAN SET SOLAR
DARIPADA PUSAT SAINS NEGARA
PELANCARAN PROGRAM TRANSFORMASI DIRI (PTD)
PERINGKAT SK. SG.BUMBUN (A) 2022
PELANCARAN SAMBUTAN IHYA RAMADAN 1433H/2022
Pada 5.4.2022, Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab telah merancang dan melaksanakan Majlis Pelancaran Sambutan Ihya Ramadan bersempena Bulan Ramadan 1433H/2022.
Majlis perasmian tersebut telah disempurnakan oleh Puan Nor Aidah binti Baba, Guru Besar SK Sungai Bumbun (A) bersama-sama dengan barisan pentadbir. Pelbagai aktiviti telah dirancang dan akan dilaksanakan inshaAllah.. |
SEKOLAH CANTIK MURID GEMBIRA
Gotong-royong untuk mencantik dan menceriakan kawasan persekitaran sekolah agar murid gembira untuk ke sekolah. Klik MORE untuk lebih banyak gambar.
BANTUAN PAKAIAN SEKOLAH DARIPADA ROTARY CLUB
Pada 19.3.2022, bertempat di Pusat Kebudayaan Mah Meri, Kg Sungai Bumbun, pihak Rotary Club telah sudi untuk menyampaikan sumbangan kepada murid-murid di samping mengeratkan hubungan dengan aktiviti-aktiviti menarik yang telah dirancang.
Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada Rotary Club kerana sudi untuk menyumbang kepada murid di SK Sg Bumbun (A), Pulau Carey. |
PROGRAM JIWA MURNI, DIVISION 4 INFANTRI MALAYSIA
Pada 17.3.2022, bertempat di perkarangan Kampung Sungai Bumbun, Division Infantri Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia telah menganjurkan Program Jiwa Murni melibatkan seluruh penduduk Kampung Sungai Bumbun dan guru-guru.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan dan berlangsung dengan meriahnya. Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir dan memberikan kerjasama sepenuhnya dalam majlis pada kali ini.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan dan berlangsung dengan meriahnya. Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir dan memberikan kerjasama sepenuhnya dalam majlis pada kali ini.
MAJLIS TRANSISI TAHUN 6 KE TINGKATAN 1
SK SG BUMBUN (A), 2022
Pada 25.2.2022, pihak sekolah telah menganjurkan Majlis Transisi Tahun 6 ke Tingkatan 1 melibatkan semua murid tahun 6 2021.
Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pengetua SMK Pulau Carey. Tahniah diucapkan kepada semua yang telah terlibat. Selamat maju jaya kepada semua murid tahun 6. |
JAMUAN MAKAN KKGK DI AMVERTON PULAU CAREY
HARI APRESIASI SK SG BUMBUN (A)
18.2.2022 / Jumaat / Dewan SK Sg Bumbun (A)
KARNIVAL SUKAN ARAMAITI
PENYAMPAIAN HADIAH 1 MURID 1 SUKAN DAN ACTIV JAM
SUMBANGAN PERSEDIAAN BUKA SEKOLAH FASA 4
DARIPADA MAHMERI CULTURAL CLUB
Tarikh : 30 0ktober 2021
Tempat : Mah Meri Cultural Village Objektif :
|
GOTONG-ROYONG OPERASI PEMBUKAAN SEKOLAH FASA 4
Tarikh : 4 Oktober 2021
Tempat : Perkarangan SK Sg Bumbun (A)
Tempat : Perkarangan SK Sg Bumbun (A)
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG 2021
Tarikh : 25 September 2022
Tempat : Kediaman masing-masing
Tempat : Kediaman masing-masing
KOMPILASI PAUTAN YOU TUBE
SEPANJANG SAMBUTAN HARI ORANG ASAL SEDUNIA 2021
Program Kolaboratif Sekolah-Sekolah Asli Selangor dan Pahang
anjuran
SK Sungai Bumbun (A), Kuala Langat, Selangor bersama SK Tasik Cini, Pekan, Pahang
anjuran
SK Sungai Bumbun (A), Kuala Langat, Selangor bersama SK Tasik Cini, Pekan, Pahang
-
TRAILER
-
SIRI 1
-
SIRI 2
-
SIRI 3
-
SIRI 4
<
>
PROGRAM PENYAMPAIAN HADIAH PDPR
Tarikh / Hari : 10 September 2021 / Jumaat
Tempat : Perkarangan SK Sg Bumbun (A), Pulau Carey
Tempat : Perkarangan SK Sg Bumbun (A), Pulau Carey
SIRI 2 : PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK
SK BUKIT SEROK, PAHANG DAN PPD ROMPIN, PAHANG
Program Kolaboratif Sekolah-Sekolah Asli Selangor dan Pahang
anjuran
SK Sungai Bumbun (A), Kuala Langat, Selangor bersama SK Tasik Cini, Pekan, Pahang
anjuran
SK Sungai Bumbun (A), Kuala Langat, Selangor bersama SK Tasik Cini, Pekan, Pahang
SIRI 1 : PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK "SCAN & SCORE"
SK SG JUDAH (A), SELANGOR
Program Kolaboratif Sekolah-Sekolah Asli Selangor dan Pahang
anjuran
SK Sungai Bumbun (A), Kuala Langat, Selangor bersama SK Tasik Cini, Pekan, Pahang
anjuran
SK Sungai Bumbun (A), Kuala Langat, Selangor bersama SK Tasik Cini, Pekan, Pahang
SAMBUTAN AMBANG MERDEKA PERINGKAT SK SG BUMBUN (A) 2021
PELANCARAN TRAILER SAMBUTAN HARI ORANG ASAL SEDUNIA 2021
Program Kolaboratif Sekolah-Sekolah Asli Selangor dan Pahang
anjuran
SK Sungai Bumbun (A), Kuala Langat, Selangor bersama SK Tasik Cini, Pekan, Pahang
anjuran
SK Sungai Bumbun (A), Kuala Langat, Selangor bersama SK Tasik Cini, Pekan, Pahang
PENGHASILAN TEMPAT LETAK KENDERAAN
UNTUK ORANG KURANG UPAYA (OKU)
Pihak sekolah bersama dengan PIBG telah menyediakan Ruang Tempat Letak Kenderaan untuk Orang Kurang Upaya diwujudkan bagi kemudahan sahabat yang memerlukan ruang untuk meletakkan kenderaan. Lokasi yang terletak berdekatan dengan blok pejabat akan memudahkan pergerakan dari stesen ke stesen yang lain.
MAJLIS BACAAN YASIN PERDANA SK SG BUMBUN (A), SELANGOR
bersama SK PERMATANG TOK DIK, KEDAH
Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Majlis Bacaan Yasin Perdana SK Sg. Bumbun (A), Selangor bersama SK Permatang Tok Dik, Kedah pada 19.8.2021, jam 8.15 malam secara atas talian.
Diharap jalinan kerjasama dan kolaborasi ini dapat diteruskan pada masa yang akan datang demi memastikan silaturahum yang terjalin dapat diperkukuhkan lagi. Soladiriti juga ditujukan khas buat mangsa fenomena kepala air di daerah Yan, Kedah pada 18.8.2021 yang lalu. Semoga semua mangsa yang terlibat akan kekal tabah menghadapi ujian ini. Daripada Jundub bin Abdillah RA, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barang siapa yang membaca Surah Yasin pada malam hari untuk mencari reda ALLAH, maka akan diampunkan dosanya.” (Riwayat Ibn Hibban) |
PROGRAM OUTREACH VAKSINASI COVID-19 DAERAH KUALA LANGAT
bertempat di Kampung Orang Asli Sg. Bumbun, Pulau Carey
TRAILER SAMBUTAN HARI ORANG ASAL SEDUNIA 2021
PENGAGIHAN WANG BANTUAN KWAMP KEPADA YANG LAYAK
abung KWAPM telah ditubuhkan bertujuan memberi bantuan kepada pelajar miskin supaya tidak tercicir dalam meneruskan persekolahan selaras dengan pelaksanaan Dasar Pendidikan Wajib yang berkuatkuasa pada Januari 2003. Selaras dengan perubahan dasar pengurusan tabung KWAPM, Surat Ikatan Amanah telah dipinda dan diluluskan oleh Perbendaharaan Malaysia pada 25 Mac 2014.
Setelah berbincang, pihak pentadbur bersetuju untuk menyerahkan wang bantuan KWAMP ini secara berperingkat iaitu
|
ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2020
GOTONG-ROYONG MENGECAT TEMBOK PAGAR SEKOLAH
daripada PIBG SEKOLAH
MINGGU e-PANITIA (TEMATIK) PDPR M24 & M25 2021
SEMOGA BERJAYA DIUCAPKAN KEPADA WIRA & WIRAWATI TEAM ACTIV JAM KPM-MILO PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2021
PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN 2021
MAJLIS LAMBAIAN KASIH CIKGU AHMAD SAIFUL MIZAN
Encik Ahmad Saiful Mizan akan berpindah ke SL Jenjarom pada 7.7.2021. Sesungguhnya jasa dan pengorbanan yang ditaburkan sepanjang berkhidmat di SK Sg Bumbun akan kekal menjadi azimat berguna buat kami semua. Selamat maju jaya diucapkan kepada beliau.
Bila memandang ke muka laut,
Nampak sampan mudik ke hulu,
Bila terkenang mulut menyebut,
BUdi yang baik diingat selalu.
Bila memandang ke muka laut,
Nampak sampan mudik ke hulu,
Bila terkenang mulut menyebut,
BUdi yang baik diingat selalu.
PENATARAN MODUL 6 TS25 : KEFAHAMAN MELALUI REKA BENTUK
HEBAHAN
DIALOG PRESTASI BULAN APRIL 2021
DIALOG PRESTASI BULAN MAC 2021
JOM MEMBACA BERSAMA 10 MINIT 2021
22.4.2021 / Khamis
Pusat Sumber Sekolah telah menganjurkan Program Jom Membaca Bersama 10 Minit 2021. Program ini bertujuan untuk menanam sikap suka membaca dalam kalangan murid-murid dan guru-guru di Sekolah Kebangsaan Sungai Bumbun (A). Penglibatan warga sekolah telah memeriahkan lagi majlis pada kali ini. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan. Antaranya termasuklah Membaca 10 Minit Bersama, Teka Silang Kata, Cari Perkataan Tersembunyi dan Swafoto@JomBaca. Tahniah kepada semua para pemenang dan terima kasih atas kerjasama semua. |
PROGRAM JALINAN PINTAR SUKARELAWAN LOVING CHARITY TEAM
25.4.2021 / Ahad
Terima kasih diucapkan kepada Loving Charity Team di atas usaha murni untuk melakukan sanitasi pada seluruh kawasan sekolah. 7 orang sukarelawan telah bertungkus-lumus menjayakan program dan menyelesaikan sanitasi tersebut dengan jayanya. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program termasuklah guru-guru, PIBKS dan semua yang terlibat secara langsung |
SUMBANGAN HARI RAYA MCDONALD'S 2021
17.4.2021 / Sabtu
Team McDonald's Banting telah sudi memberikan sumbangan Hari Raya kepada lebih 20 orang murid SK Sg Bumbun (A) bertempat di Pusat Pakaian Hari-Hari Banting. Semua murid dibawa menaiki van dari rumah masing-masing. Guru-guru yang terlibat juga telah memberikan komitmen yang sepenuhnya dalam menjayakan program tersebut. Terima kasih kepada semua penyumbang dan Pusat Pakaian Hari-Hari yang sentiasa memudahkan urusan sepanjang program. |
PENYERAHAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (BaP) 2021
PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN MUDA
(Pengawas, Pengawas PSS, Pembimbing Rakan Sebaya, Skuad SPBT, Ketua dan Penolong Ketua Kelas 2021
TAKLIMAT PAGI 2021
Setiap pagi Isnin, semua guru diwajibkan untuk menghadiri "morning prayer" atau taklimat pagi yang disampaikan oleh barisan pentadbir.
Semua makluman terkini berserta kata nasihat akan disampaikan kepada para guru untuk dijadikan panduan.
Semua makluman terkini berserta kata nasihat akan disampaikan kepada para guru untuk dijadikan panduan.
TAHNIAH KEPADA PEMENANG TEKA BERAT BUKU SEMPENA HaN1S 2021
DIALOG PRESTASI BULAN FEBRUARI 2021
DIALOG PRESTASI BULAN JANUARI 2021
PELANCARAN PROGRAM MAJU DIRI (PMD) PERINGKAT SEKOLAH
PELANCARAN HARI NILAM 1 SELANGOR (HaN1S) PERINGKAT SEKOLAH
PROGRAM BACK-TO-SCHOOL MCDONALD'S BANTING
Pihak McDonald's Banting telah sudi untuk datang ke SK Sg Bumbun (A) bagi meraikan murid-murid yang kurang berkemampuan menerima beg sekolah dan peralatan-peralatan yang lain. Pihak sekolah sangat berbesar hati dan berterimakasih atas sumbangan dan keprihatinan yang telah dizahirkan bagi pihak McDonald's Banting.
SELAMAT DATANG MURID TAHUN 1, 2021
MAJLIS PENYERAHAN PROJEK RENOVASI
& PENAMBAHBAIKAN RUANG PEJABAT
Majlis Penyerahan Projek Renovasi dan Penambahbaikan Ruang Pejabat telah disempurnakan secara rasminya oleh Dr Zamzam Bin Mohd Walid, Pengarah Kolej Komuniti Kuala Langat. Pada majlis tersebut juga, satu Memorandum Persefahaman (MoU) telah ditandatangani antara KKKL dengan SK Sg Bumbun (A). Besarlah harapan kami agar kerjasama yang sudah termeterai ini akan membenihkan lagi bibit - bibit kejayaan kepada anak - anak asli di SK Sg Bumbun (A).
PERSEDIAAN PEMBUKAAN SEKOLAH
Warga SK Sungai Bumbun (A) sentiasa mengalu - alukan kedatangan murid-murid ke sekolah.
"Cok Kolah He Pandai"
PENYERAHAN MODUL PDPR 2.0
Pada 22.2.2021 yang lalu, semua guru telah memberikan komitmen padu dan berjaya melengkapkan Modul PdPr Versi 2.0 melibatkan Tahun 2 hingga Tahun 6 (Tahun 1 masih terlibat dalam Minggu Transisi).
Modul pada kali ini dihasilkan dengan versi yang lebih mudah dan ringkas demi menarik minat anak-anak untuk melengkapkannya. Tahniah dan terima kasih kepada semua guru yang telah terlibat. |
VIDEO TRANSISI TAHUN 1, 2021
MAJLIS BACAAN YASIN BIL 1/ 2021 PERINGKAT SK SG BUMBUN (A) 2021
MENYANTUNI TOK BATIN KG SUNGAI BUMBUN
Demi menzahirkan matlamat kepimpinan melalui teladan, Guru Besar SK Sg Bumbun telah melawat dan menyantuni Tok Batin Kampung Sungai Bumbun (A).
Antara perkara yang telah dibincangkan termasuklah bagaimana pihak sekolah dapat menjalin kerjasama erat dengan komuniti setempat dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan anak-anak asli di sini.
Semoga usaha murni ini terus dapat membawa nama SKSBA lebih berjaya pada masa depan.
Antara perkara yang telah dibincangkan termasuklah bagaimana pihak sekolah dapat menjalin kerjasama erat dengan komuniti setempat dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan anak-anak asli di sini.
Semoga usaha murni ini terus dapat membawa nama SKSBA lebih berjaya pada masa depan.
LAWATAN DAN PENYEMAKAN LITAR ELEKTRIK SK SG BUMBUN (A) DARIPADA JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA
PENGHANTARAN DAN PENYERAHAN BANTUAN PERALARAN PERSEKOLAHAN DARIPADA MYKASIH
DENGAN KERJASAMA MYDIN SDN. BHD.
MAJLIS PERPINDAHAN ENCIK SHAFIE BIN HUSIN KE SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG MEDAN (REDEPLOYMENT)
Semoga Cikgu Shafie sentiasa cemerlang di tempat baharu. Kami akan terus merindui komitmen dan kesungguhan Cikgu Shafie dalam apa jua perkara. Good Luck Cikgu Shafie. We Always Love You.
LAWATAN DAN BIMBINGAN DARIPADA USTAZ SAIFUL KAHAR BIN AHMAD, UNIT SEKOLAH KHAS, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR
HARI PENYERAHAN DAN PENERIMAAN BUKU TEKS
Pada 26.1.2021, telah berlangsungnya Hari Penyerahan dan Penyampaian Buku Teks bagi sesi 2021.
Penyerahan dan penyamaian tersebut berlangsung dengan jayanya di mana semua yang terlibat telah mematuhi segala SOP yang telah ditetapkan. Penyerahan buku tes juga melibatkan semua tahun. Semoga murid dapat menjaga buku teks tersebut dengan baik. |
PENAMBAHBAIKAN KECERIAAN SEKOLAH.
TERIMA KASIH CIKGU!!!
SEMOGA 2021 AKAN TERUS MENZAHIRKAN KECEMERLANGAN
SK SG BUMBUN(A), INSYAALLAH...
PIBKS : GOTONG-ROYONG MELETAKKAN SIMEN
DAN MEMASANG PAPAN KENYATAAN DI SUSUR GAJAH
PIBKS : GOTONG-ROYONG MENGALIHKAN RUANG LETAK KERETA
PENGHANTARAN LATIHAN MASA CUTI
Apabila Pandemik Covid-19 melanda, guru-guru perlu menjalankan pdpc secara dalam talian. Dek kerana kekangan liputan talian, makan guru-guru telah berusaha meneruskan kelansungan pdpc dengan menghantar terus latihan ke rumah murid-murid. Harapan guru-guru agar murid sentiasa meneruskan pembelajaran walau apa jua keadaan yang melanda.
|
SALAM MAULIDUR RASUL
SELAMAT HARI KANAK-KANAK TAHUN 2020
Selamat Hari Kanak-Kanak Tahun 2020 untuk semua anak2 SK Sg Bumbun A. "Bumi Lestari: Kanak-kanak Dilindungi' dipilih sebagai tema Hari Kanak-Kanak Kebangsaan 2020 selari tema Hari Kanak-kanak peringkat antarabangsa iaitu 'Climate Change: For Children, by Children'."
Tema itu adalah manifestasi tanggungjawab kerajaan dan masyarakat Malaysia untuk berganding bahu dalam memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan kanak-kanak pada hari ini dan masa hadapan
SK SG BUMBUN A
sekolah Transformasi (TS25) KOHORT 5
Memacu Pembelajaran Bermakna Ke Arah Kemenjadian Murid
#visionventurevictory
Tema itu adalah manifestasi tanggungjawab kerajaan dan masyarakat Malaysia untuk berganding bahu dalam memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan kanak-kanak pada hari ini dan masa hadapan
SK SG BUMBUN A
sekolah Transformasi (TS25) KOHORT 5
Memacu Pembelajaran Bermakna Ke Arah Kemenjadian Murid
#visionventurevictory
GOTONG-ROYONG PERDANA
PENUAIAN HASIL HAVVA AQUAPONIK
SELAMAT MAJU JAYA
(Puan Noor Azlinda binti Abu) : Berpindah
(Puan Azizah binti Timin) : Bersara
30.9.2020 / Rabu : Warga SK Sg. Bumbun akan kehilangan dua orang insan hebat ini iaitu seorang guru yang berdedikasi, Puan Noor Azlinda binti Abu yang akan berpindah ke SK Sijangkang dan seorang pekerja kebersihan yang disayangi, Puan Azizah binti Timin yang akan bersara keesokannya.
Selamat Maju Jaya diucapkan dalam setiap lapangan kehidupan dan semoga terus bahagia disamping keluarga tersayang. Maafkan segala salah dan silap kami sepanjang kita berkhidmat. Jumpa lagi... |
PEMBUDAYAAN ETOS
dalam norma baharu di SK Sg Bumbun (A)
AMALAN 5S
Fasa : Sisih / Lokasi : Bilik Guru
Komitmen yang ditunjukkan oleh para guru amatlah tinggi dalam merealisasikan Amalan 5S ini. Mereka sanggup berpenat lelah pada waktu petang untuk menyisih segala barang yang tidak diperlukan untuk memastikan bilik guru senantiasa releven, kemas dan ceria.
|
NURSE DATANG...!!!
Terima kasih diucapkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia yang telah sedaya upaya mengoptimumkan tahap kesihatan murid dengan menyediakan perkhidmatan yang terbaik dan memastikan setiap murid diberikan imunisasi secukupnya.
Kami warga SK Sg Bumbun (A) mendoakan semoga KKM terus sukses. |
PEMBUDAYAAN AMALAN 5S
(Sisih : Susun : Sapu : Seragam : Sentiasa Amal)
Amalan 5 S menjadi salah satu progarm terawal yang telah dirancang dan dimasukkan dalam OPPM dan PinTas khusus demi memastikan kelestarian Warga SK Sg Bumbun A terus terpelihara. Ianya merangkumi beberapa langkah komprehensif antaranya lawatan penandaarasan, pembudayaan 5S dan penilaian. Di harap projek ini dapat membantu menceriakan persekitaran sekolah supaya lebih kondusif dan sesuai dengan suasana pembelajaran PAK 21
|
BENGKEL KOMPETENSI GURU FASA 1
Bimbingan dan tunjuk ajar bukan sahaja disebarluaskan pada peringkat murid, namun ianya juga perlu diperkukuhkan pada peringkat guru-guru. Oleh hal yang demikian, semua guru SK Sg Bumbun (A) telah bersama-sama mengikuti Bengkel Kompetensi Guru Fasa 1. Ianya merangkumi beberapa aspek penting antaranya ialah ;
|
PERADUAN MELUKIS POSTER ANJURAN UPM
"Aku, 10 tahun akan datang"
INFAQ BOX
"Memberi semampunya ; Menerima seadanya"
INFAQ BOX adalah satu inisiatif terbaru di bawah Unit Hal Ehwal Murid dengan kerjasama Kantin SK Sg Bumbun A. Pihak pengurusan kantin telah sudi menyediakan satu ruang khas untuk meletakkan makanan yang tidak dimakan oleh murid-murid Rancangan Makanan Tambahan di depan pintu pagar pada waktu balik. Situasi ini memberi peluang kepada murid yang memerlukan untuk menikmati makanan yang ada di samping mengelakkan pembaziran. Alhamdulillah.
PERTANDINGAN MEREKA CIPTA MERCU TANDA
SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN 2020
HAVVA AQUATECH MyKasih 2020
Bringing HAVVA technology from urban cities to rural masyarakat orang asli at SK SG BUMBUN (A). Sistem akuaponik hasil kerjasama yayasan MYKASIH dan HAVVA AGROTECH. Pembinaan sistem akuaponik di bukan sahaja memberi manfaat secara langsung kepada murid tetapi turut mengambil kira kelebihan kepada guru yang bakal menjadi agen penyebar ilmu kepada masyarakat setempat
Terima kasih Yayasan MYKASIH dan HAVVA AGROTECH |
SELAMAT DATANG PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
Encik Abdullah Patoni bin Hassim
PERTANDINGAN PAKAIAN BERAGAM
SEMPENA BULAN KEBANGSAAN KE-63
ACTIV JAM SENAM AEROBIK KPM - MILO
SK Sg. Bumbun (A) turut tidak ketinggalan dalam menyertai pertandingan-pertandingan yang dianjurkan walaupun pada waktu Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini.
ada kali ini, mereka telah menyertai Pertandingan Activ Jam Senam Aerobik KPM - MILO yang telah dianjurkan dengan kerjasama MILO dan KPM. Wakil-wakil sekolah yang telah dpilih mempamerkan bakat yang terpendam dan berusaha bersungguh-sungguh untuk memberikan persembahan yang terbaik. Nantikan video mereka di Channel Youtube sekolah... |
LAWATAN YAYASAN SIME DARBY
26.8.2020, Rabu : Sime Darby Foundation telah mengadakan lawatan dan penyerahan sumbangan pelitup muka kepada SK Sg Bumbun (A). Kedatangan rombongan diketuai oleh Assistant Manager Yayasan Sime Darby iaitu Encik Muhammad Hafizuddin bin Mohd Arif. Terima kasih atas sumbangan yang dihulurkan.
|
PROGRAM JALINAN KOMUNITI bersama MyKasih Foundation
Program Jalinan Komunti bersama MyKasih Foundation telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Sungai Bumbun. Harapan kami adalah supaya semua guru dan murid mengembling tenaga kerjasama yang utuh demi keharmonian semua.
|
PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2020
19.8.2020/Rabu : Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan peringkat sekolah telah diadakan di perkarangan sekolah. Dalam keadaan norma baharu, majlis tersebut telah dianjurkan secara Google Meet melibatkan semua murid di dalam kelas masing-masing.
Terima kasih kepada semua yang terlibat. |
PROJEK SANITASI SEKOLAH
PENYERAHAN SUMBANGAN ALAT PENGIMBAS SUHU
Sumbangan Alat Pengimbas Suhu dari Encik Munusamy a/l Nirishin, Ahli Majlis Perbandaran Kuala Langat.
Pihak sekolah sangat berbesar hati atas segala sumbangan yang telah diberikan kepada warga SK Sg Bumbun A. Keprihatinan komuniti terhadap keperluan kami sangatlah dihargai. |
BENGKEL OPPM DAN PINTAS KEPADA SLT DAN MLT
Bengkel OPPM dan PinTas sangat penting untuk disebar luaskan kepada semua SLT dan MLT sebelum dibentangkan kepada guru - guru. Oleh yang demikian, Puan Guru Besar, Puan Nor Aidah binti Baba telah menagmbil inisiatif untuk menganjurkan bengkel tersebut. Semua SLT dan MLT telah memahami dan dapat menghasilkan OPPM dan PinTas mengikut kriteria yang telah ditetapkan.
|
MAJLIS SEKALUNG BUDI SEJAMBAK KASIH 1986 - 2020
ENCIK MOHD ZAMAN BIN ABDUL SAMAD
-
PKPB
-
POSTER COVID-19
-
PAUTAN
<
>